Exotics
![]() ![]() Credits
![]() Template :Arina Azman Basecodes :Ino Arrien Wana The Owner :yaya
| Terima.
"Yakin dan pastinya sebagai seorang muslim kita hendaklah merasakan bahawa setiap dugaan yang diterima bukanlah bersifat untuk menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.Tetapi sebenarnya dugaan itu adalah satu hikmah yang mahu kita berfikir sejenak! Dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagi hambanya untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah. Sebab itu bagi orang yang melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan dugaan kesusahan kepadanya. Supaya hambaNya tidak tenggelam dalam dosa dan noda selamanya. Setiap perbuatan dosa mesti ada hukuman dariNya, samada di dunia atau di akhirat kecuali kita telah bertaubat bersungguh sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu. Bukan untuk menzalimi tetapi untuk diberi peringatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sampai bila bila. Kerana dugaan juga bermaksud pembalasan ke atas dosa dosa kita yang lalu. Sedangkan Allah berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba hambaNya." Aku terima semua ini, andai inilah yang sudah tertulis. meskipun sedih, meskipun perit, meskipun sakit. Siapalah aku yang kerdil ini mahu memberontak dan melawan ketentuan Ilahi. Mungkin ada sebab. Mungkin ada hikmah. Terima dgn hati yang lapang. Terima dgn hati yang terbuka. Dia lebih tahu jalan hidup aku, sedang aku tidak tahu. Sabar, dan redha. Didik hati supaya tidak mudah berputus asa. Didik hati supaya selalu bersangka baik pada Rabb. Mungkin di samping dugaan yang hadir bertubi tubi itu, Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih berharga untuk diri kita. Positive! 0 Melody{s}
|