exoverdose;

ENTRY ABOUT LINKIES BIAS STUFF +FOLLOW Home

Exotics

Hi hello bonjour annyeonghaseyo! *waving both hands* welcome to my fantasy world -- a place where i pour my heart and thoughts. enjoy reading, namnam juju xoxo


Credits

Template :Arina Azman
Basecodes :Ino Arrien Wana
The Owner :yaya
Andai.
                     "Genggamlah dunia. Jangan biarkan dunia menggenggam dirimu. Kawallah nafusmu.                                                  Dan jangan biarkan nafsu mengawalmu." 


                    "Dan barangsiapa buta hatinya di dunia ini, nescaya di akhirat nanti dia akan lebih                                            buta dan lebih tersesat daripada jalan yang benar. 17:72"


Kita sering terlupa, bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara. Sering terlupa, sehingga terus hidup dalam kelekaan, kealpaan dan taksub dgn keseronokan duniawi. Lupa, bahawa akhirat itu abadi. Lupa, ajal maut bila bila masa saja boleh terjadi, mengikut kehendakNya. Lupa, bahawa kematian itu sangat dekat. Lupa, malaikat Izrail sedangkan "usha-usha" kita tiap hari. "Orang yang bijak, akan sentiasa mengingati mati." Sentiasa mengingati mati bukanlah bermaksud mengabaikan setiap perkara di dunia. Tetapi sentiasa mengingati mati ialah menghindarkan diri daripada terus tertipu dgn kenikmatan dunia yang serba sementara. Dan, sentiasa membuat persiapan untuk ke alam kubur dan alam akhirat. Kerana. Di akhirat kelak, kita akan ditanya. Apakah, yang telah kita lakukan di dunia. Bukankah kita diturunkan ke dunia untuk menjadi khalifah dan untuk memakmurkan bumi Allah SWT?


Takdir yang Allah tetapkan, kita tidak tahu. Kita tidak tahu, bila? macam mana? kita akan pergi menghadapNya. Ketika berada dalam iman, ataupun sebaliknya? Sama samalah kita renungkan.
Andai kata. Sudah tiba masanya untuk Ilahi menjemput aku pergi menghadapNya. Maafkanlah. Segala salah dan silap diri yang kerdil, yang tak pernah lari daripada kesilapan ini. Halalkanlah segala apa yang pernah kau berikan padaku. mahupun duit, ilmu atau apapun. Ketika aku sudah tiada nanti. Tidak banyak yg aku pinta darimu. Cuma secebis doa ikhlas, sudah lebih dari cukup. Doakanlah aku. Semoga aku tenang di sana, di samping Rabb tercinta. Salam.


0 Melody{s}

? ?