exoverdose;

ENTRY ABOUT LINKIES BIAS STUFF +FOLLOW Home

Exotics

Hi hello bonjour annyeonghaseyo! *waving both hands* welcome to my fantasy world -- a place where i pour my heart and thoughts. enjoy reading, namnam juju xoxo


Credits

Template :Arina Azman
Basecodes :Ino Arrien Wana
The Owner :yaya
Seghonok
                                                                      Assalamualaikum. Hi! 

ah, lama rasanya aku tak menghapdate blog kesayangan aku ni. rindu pula bila baca balik entries yang dulu dulu-- rasa macam sekejapnya masa berlalu. time flies so fast huh? tahun ni dah 19tahun dah aku (even kalau ikut ic baru 18, haha). aku still lagi stuck  dekat PJ ni sebab asasi aku dekat UIA tak habis lagi. will end my foundation in June 2016, InshaAllah. sepanjang setahun aku belajar dekat UIA ni, bermacam jenis ilmu yang aku peroleh. baik ilmu dunia, mahupun ilmu akhirat. alhamdulillah, being in UIA from the beginning until now is such a blessings i must say. there are lots of things that i've had learnt, here. Indeed, everything happens for a reason and i think i've found the reason why Allah out me here in the first place. UIA ni apa yang aku boleh cakap -- is a really islamic university haha memanglah nama pun universiti islam en kahkah. tapi serious, UIA ni memang best in terms of religion, society, interaction between sister and brother and environment dia. since the first day (2014) until now, i've never had the feeling of regret for being here, like seriously. boleh nampak tak macam mana aku puji UIA ni tinggi melambung dari segi education and environment? nampak sangat aku ni memang nak masuk UIA lama dah hahaha tapi serious beb. apa yang aku tulis ni, benda betul. kalau tak percaya, masuklah UIA-- nanti kau fahamlah kenapa aku cakap macamni. dalam UIA ni, manusia yang paling annoying lvl 9999 - ofc, the guards lah kan. au malas lah nak describe guards UIA ni cemana-- sebab memang annoying pastu kwaja eyy bengang sis kekadang bila dorang ni tak reti cakap elok elok pft whatevurrrr. apa apalah, biarkan mereka, biarkanlah ~~ kalau dah belajar dekat UIA ni, mesti kau akan terjebak punyalah dengan virus virus yang ada dalam UIA ni. salah satunya, kahwin awal. uish, students UIA ni gemor betui sembang pasai kahwin sampai sis kekadang rimas sebab depa dok sembang hat tu ja macam takda topik lain. nak bagi sis terjebak jugak lah tu hahahahaha (terjebak ke? :p) ada bagusnya jugaklah sebenarnya bila dorang ni dok bukak topik kahwin. entahlah, kekadang aku pun suka jugak dengar dorang sembang sakan pasal ni. aku memang boleh agak lah mana kawan2 aku yang memang nak kahwin awal tu, haha takpe, inshaAllah kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan. semoga engkorang cepat2 kahwin ye, nanti boleh aku merasa nasi minyak engkorang semua kih kih. okaylah, apa apa pun sis sayang UIA. till next time, salam. xo


0 Melody{s}
sampah
sehingga hari ini, aku masih benci dengan apa yang aku pandang dalam cermin. dan sehingga hari ini, tak mungkin tak ada satupun yang tidak aku nangiskan bila melihat aku tanpa seurat kain. kesian aku. hidup taktahu menghargai diri sendiri. tahu tak macam mana perasaannya merasa diri sendiri buruk? merasa diri menjijikkan? tak. kau tak pernah tahu. sebab kau lain. kau cantik di mata orang. kau "perfect" pada kacamata orang. tapi aku? cumalah seorang perempuan gemuk yang rasa dirinya sangat menjijikkan. yang rasa dirinya tak akan pernah bagus dikacamata orang lain. daripada aku kecil, aku gemuk. seumur hidup aku, tak pernah lagi aku merasa macammana perempuan lain dekat luar sana yang badan kurus muka cantik tu rasa. tak pernah--walau SEKALI. daripada aku kecil, aku dilabel dengan bermacam jenis ejekan dan hinaan. masih segar lagi dalam ingatan aku bilamana aku malu. tersangat malu dengan diri aku. "gemuk gedempul" "badak sumbu" "gajah" "gemuk sepak masuk gol" "si gemuk yang tak sedar diri"..macam macam lagi. dalam hati aku ni, sudah bermacam benda aku sumbatkan. bermacam benda aku pendamkan. kejamnya manusia bercakap tanpa mengira sedikitpun tentang hati dan perasaan orang lain. tak marah, tapi aku malu. ye malu. fizikal aku dihina sejak aku kecil. kau bayangkan, sekarang umur dah 18 pun benda yang sama tetap ada. bukan aku tak mencuba. bukan aku tak berusaha. aku cuba. aku usaha. tapi hasilnya tak lama.
pernah aku merasa jadi kurus--sekejap je. zaman form3. itupun hasil aku skipping naik turun tangga hari hari & pengambilan pils kurus. dimana pada usia aku tu sepatutnya takboleh ambil pils kurus sebab aku masih dalam proses membesar. tapi aku degil. aku ambil jugak. memang tak dinafikan, memang berhasil. berat badan aku dari 68kg = 54kg dalam tempoh 2bulan. naik form4, badan gemuk balik. taktahu apa silapnya. mungkin banyak makan atau efek pil kurus tu. mak sanggup habiskan beribu ribu duit semata untuk tolong aku kurus. belikan aku 2set treadmill, bawak aku pergi sauna, belikan aku macam macam produk kurus. entahlah. bermacam jenis cara aku cuba untuk nampak bagus dikacamata orang. bermacam jenis cara aku usaha untuk nampak "perfect" dikacamata orang. aku letih. susah. orang takkan faham. cakap memang senang, tapi siapa yang rasa? tapi siapa yang nak kena hadapi semuani? aku.
sampai satu tahap, aku rasa giveup sangat. aku rasa macam sampah. kenapa? kenapa aku takboleh jadi macam perempuan lain dekat luar sana? kenapa aku ni gemuk? kenapa aku ni tak lawa? kenapa?!

hidup sebagai seorang atelophobia--obsess over the thought of not being good enough--sucks.

0 Melody{s}
Lapar
                                                                Assalamualaikum & Hi!


aku ni walaupun gemok berisi (bukan gedempul eh kasi can lah), nafsu makan aku takde lah tinggi. kadang kadang je suka melantak. ikut kalau aku betul betul lapar je. hari hari biasa selalu aku makan 2kali macamtu. bukan sebab kenyang sangat pun sebenarnya. sebab nak jaga badan. sehari tak makan pun, aku tak rasa lapar. cukup minum air. sebabnya bila sehari tak makan-- badan aku rasa ringan. ringan gila bakhang.
tapi aku-- cuma akan melantak banyak bila dekat rumah SAHAJA. kenapa? sebab dekat rumah ada treadmill. basikal dgn jenis lari lari tu ha. kiranya kalau aku rasa badan berat semacam, tinggal bukak suis treadmill, exercise. kalau duduk rumah kawan ke pergi tidur rumah siapasiapa ke-- memang aku kurang makan. tak makan pun takpe. mesti orang pelik..tapi tulah hakikatnya. kau kalau jenis manusia yang betul betul jaga badan even kau gemok berisi ke gemok gedempul ke, kau kena disiplin. pelan pelan kayuh. bukan senang nak kurus. bukannya sehari exercise, dah nak tengok hasil "kurus" tu. memang tak aaa brader.
aku pun ambil masa lama gak ah. bertahun beb. tapi sejak dah duduk dekat dengan rumah nenek ni, selera makan pun tinggi semacam. yelah, duduk kampung. so badan aku pun bertambah beso lah jawabnya. sobs sobs. hancus diet aku selama 2tahun. yeap. cewdihh T.T
tapi takpe, mula balik dari bawah. dah le aku ni rangka besar--berat tulang. bila timbang tu macam takde efek pun.......sedih menusuk kalbu sia! siapa senasib dgn aku, kira dia tau lah cemana rasa dia. hahaha. nanti mother in law aku takyah susah susah sediakan makanan bebanyak dekat aku bila aku ziarah rumah. gerenti aku tak makan punya. i repeat--dekat RUMAH aku SAHAJA yang aku akan melantak. dekat luo memang takkan makan apa apa. outing dengan member ke family ke bila sebut "jom makan dulu dekat kedai tu." "nak makan tak?" memang aku jawab tak aaa en. kalau makan pun, cuma order yang biasa biasa. sebab aku ni masalah sikit. jenis cerewet. aku tak suka makan makanan bergoreng. kalau kukus, grill- memang aku ngap awal. tapi goreng--automatic aku tolak. sebab bila makan makanan bergoreng--aku cuma akan makan makanan yg aku masak. sebab aku pentingkan jumlah minyak yg digunakan. bukan apa, jaga pemakanan.
nanti romets aku, somi aku jangan riso lah. aku ni tak banyak makan. walaupun badan aku gemok berisi gedempul. no worries. xoxo

0 Melody{s}
Fobia.
                                                         Assalamualaikum & Hi!


manusia yang paling boleh jatuhkan ke-brutal-an aku; doktor. sebab aku takut doktor. takut jarum. takut dengan semua yang berkaitan dgn dunia medik. jiwa sado aku akan automatic down. automatic akan nangis. automatic akan sejuk satu badan. automatic menjerit. yes, tahap ke-fobia-an aku amatlah tinggi. kau bayangkan aku tengah gelak gelak mcm orang gila dekat dalam kelas tetiba dari jauh aku nampak doktor. masatu, kau bayangkanlah macam macam takutnya aku terus diam terus taknak cakap apa apa. happy terus bertukar jadi rasa nak nangis, sebab takut. (contoh masa zaman sekolah dulu)
tu belum lagi aku dengar doktor tu cakap nak cocok, memang confirm sejuk satu badan. lagilah aku buat perangai nangis takut tak henti. tu baru cocok, belum dengar doktor tu cakap nak operate.......memang meraung menjerit nangis akan disatukan uish mintak dijauhkan. moga tuhan beri kesihatan yang baik untuk aku. tadi pergi medical check up....aku belum apa apa lagi dah mengigil. salah satu sebabnya, baru first time buat medical checkup- takut kalau ada sakit apa apa. salah satu lagi, doktor. yeap. boleh nampak tak fobia aku dah kritikal? masuk je dalam kpj tu memang doa banyak2 dalam hati. lepas dah habis xray, dorang uji air kencing pastu tetiba aku dengar .. "urine test dulu baru ujian darah." aku dah semput. mata aku dah mula nak banjir. dah lah datang dgn tok wan. kalau datang dgn mak takpe gak sebab mak faham aku ni cane en. debor ni tuhan je tahu. masuk dalam satu wad- check tinggi, berat, power mata, tekanan darah & degupan jantung. berapa lama dah aku tak timbang berat tetibe kena timbang. malu beb. benda yg paling aku benci dalam dunia-- penimbang berat. masa check degupan jantung, tinggi. kata nurse tu. lepastu dia tanya "takut ke?" aku pun terkebil kebil tanya. "takde kena amek darah kan?" "nak amek darah ke?" NOOOOOOOOO!! lepastu dua dua nurse tu gelakkan aku sebab degupan jantung aku tinggi hanya sebab aku takut ingat kena amek darah. hahaha ah lantak.

fobia; ketakutan.
orang kena faham. dalam dunia ni, semua orang ada fobia.
dan aku-- jangan kata satu. bermacam jenis fobia aku ada.
nak buat macam mana. memang semulajadi agaknya.
satu yang pasti-- aku latrophobia. (takut doktor)

0 Melody{s}
Results.
                                                               Assalamualaikum. Hi!

seperti yang kita semua sudah sedia maklum, harini ialah hari dimana kami (batch 96) bakal mengetahui keputusan spm kami setelah sekian lama menganggur bersamaan 20 march. malam semalam memang tak boleh tidur. bukan sebab apa, nervous kateko. pukul 6 lebih aku terjaga. lekluuuu subuh tak masuk lagi. kita golek golek lu ataih katil. nak dekat 6.30 macamtu mak gerak bangun subuh and bangun siap siap nak pergi hantar aku pergi rumah nisa. dalam pukul 7lebih camtu, aku pun duduk lepaks rumah dia. bukan buat apa pun, dok menyembang pasal results. ketorrr weh! dekat pukul 9.30 baru blah pergi sekolah. tudia aih masuk sekolah segan gila nak mampos siot hahaha okay so sepatutnya puku 10am tu dah dapat results but.. pengetua lambat sampai sekolah pulak. aku nak check guna mcj cuak lak en so tunggu jela...........pukul 11.30 bhai baru dapat. pehhhh jenuh nunggu.

ha nak tahu tak results aku gempak ke idok? ehem ehem. *drum rolls*. aku dengan muka tktahu apa terkejut jakun terharu sebaknya cikgu panggil nama aku atas pentas. aku fikir silap dengar, rupanya betul. ya Allah tak sangka boleh jadi salah sorang pelajar cemerlang spm 2013 *nangis*. alhamdulillah sangat sangat. berkat struggle last minute, berkat usaha selama ni berbaloi jugak. ini lah yang orang kata, usaha tangga kejayaan. jangan sesekali give up selagi belum berusaha semampu boleh. tapi aku sedih gak aku dapat pelajar cemerlang naik atas pentas tapi parents busy semua busy tak ade siapa pun datang tengok aku :(
tapi takpelah, aku tetap bersyukur dan berterimakasih pada Allah SWT. harap harap parents aku bangga dgn results yg aku bagi dekat diaorang. okay bye guys, till we meet again in the next entry xoxo

0 Melody{s}

? ?